Khamis, 29 Disember 2011

Buah Rambutan


Pokok rambutan berasal dari Asia Tenggara iaitu Malaysia hingga ke Indonesia. Pokok rambutan mempunyai kanopi yang rimbun dan rendang. Ia mampu mencapai ketinggian sehingga 20m. Daun rambutan tersusun secara berpasangan, berselang-seli dengan 3 hingga 9 anak daun.

Pokok rambutan mengeluarkan buah dalam satu tangkai di hujung ranting. Buah rambutan berbentuk bujur atau hampir bulat mengikut varieti atau klon. Ketika muda buah rambutan berwarna hijau dan menjadi kuning atau merah setelah masak. Kulit buah rambutan mempunyai rambut/bulu yang berukuran di antara 0.8-1.0cm.

Terdapat dua jenis rambutan yang biasa dijumpai iaitu jenis isi lekang dan rasanya manis Satu lagi jenis isi tidak lekang daripada biji dan rasanya masam. Terdapat 193 klon rambutan yang telah didaftarkan oleh Jabatan Pertanian Malaysia tetapi hanya 7 klon disyorkan untuk ditanam secara komersil iaitu klon R 134, R 156, R 162, R 167, R 170, R 191 (rambutan 'anak sekolah') dan R 193.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan