Sabtu, 20 April 2013

Rahsia Buah Durian Belanda



Banyak khasiat buah durian belanda yang masih menjadi rahsia atau di rahsiakan.Tahukah anda Durian Belanda ini sebagai agen yang berkesan dan kuat dalam mematikan kanser dalam badan kita. Disebabkan perkara ajaib ini lah, rahsia perubatan kuno ini terus di simpan (tidak disebarkan kelebihannya) kerana dunia perubatan ( pakar kanser) risau ciptaan ubat kimia mereka nanti tidak laku.

Tahukah anda khasiat buah durian belanda ini lebih 1000 kali lebih elok dari membuat kimoterapi. Durian Belanda atau Soursop, buah dari pohon Graviola adalah pembunuh semulajadi sel kanser yang ajaib dengan 10 ribu kali lebih kuat dari pada terapi kimo. 

Pohonnya rendah, di Brazil dinamai ‘Graviola’, di Sepanyol ‘Guanabana’ bahasa Inggeris dipanggil ‘Soursop’. Di Indonesia, dikenali sebagai buah Sirsak manakala di Malaysia dipanggil sebagai Durian Belanda. Buahnya agak besar, kulitnya berduri lembut, isi buah berwarna putih, rasanya masam-masam manis, dimakan dengan cara membuka kulitnya atau dibuat jus.

Khasiat dari buah durian belanda ini memberikan kesan anti tumor / kanser yang sangat kuat, dan terbukti secara perubatan menyembuhkan segala jenis kanser. Selain menyembuhkan kanser, buah ini juga berfungsi sebagai anti bakteria, anti fungus , berkesan melawan berbagai jenis parasit dan cacing, menurunkan tekanan darah tinggi, kemurungan, stress, dan menormalkan kembali sistem saraf yang kurang baik.

Institut Sains Kesihatan Amerika telah membuka tabir rahsia buah ajaib ini. Fakta yang memeranjatkan adalah: Jauh dipedalaman hutan Amazon, tumbuh ‘pohon ajaib’, yang akan merubah cara berfikir anda, doktor anda, dan dunia mengenai proses penyembuhan kanser dan harapan untuk bertahan hidup.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan