Isnin, 2 Januari 2012

Buah Kelapa


Pokok kelapa laut atau dikenali dengan nama tal bagi penduduk Kelantan ini merupakan sejenis pokok palma yang biasa dijumpai ditanam di kawasan sawah padi di pantai timur dan utara Malaysia. Ia merupakan antara tumbuhan yang menjadi sumber utama manisan selain daripada kelapa dan tebu. Kelapa laut ditanam secara kemersial di Thailand.

Pokok kelapa laut mencapai ketinggian sehingga 13 meter. Ia juga mempunyai daun yang besar dan cantik serta berbentuk seakan mahkota. Pokok kelapa laut mengeluarkan bunga dan berbuah setelah berumur kira-kira 14 tahun dan ia mampu hidup melebihi 100 tahun. Buahnya agak besar (rujuk foto) dan biasanya mengandungi 3 biji benih didalamnya.

Lapisan dalam tempurungnya mengandungi isirung yang boleh dimakan. Ia membiak melalui biji benih dan percambahannya mengambil masa lebih kurang 4 bulan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan