Jumaat, 13 Januari 2012

Buah-Buah Dimalaysia


Buah-buahan tempatan ini boleh dibahagikan dua kumpulan yang besar.

(a) Buah-buahan tak bermusim
(b) Buah-buahan yang bermusim

Buah-buahan yang tidak bermusim ini dapat diperolehi disepanjang tahun, walaubagaimanapun pada satu-satu masa tertentu terdapat pengeluaran yang berlebih-lebihan dari masa-masa lain. Diantara jenis buah-buah yang tidak bermusim yang senang diperolehi ialah pisang, betik, nenas, jambu, belimbing, tembikai, nangka, limau manis/bali dan termasuk beberapa jenis dari klon mangga.

Buah-buahan yang bermusim boleh didapati sekali atau dua kali setahun Musim buah-buahan utama bermula dari pertengahan Jun hingga kepertengahan bulan Ogos. Musim buah-buahan kedua biasanya kurang jelas kerana pengeluaran hasilnya berkurangan dan biasanya terdapat dalam bulan Desember hingga Februari. Musim-musim ini juga mungkin berlaku lebih awal atau terlewat diantara 1 – 2 bulan bergantung kepada tempat atau lokasi.

Buah-buahan bermusim yang terkenal ialah Durian, rambutan, duku, langsat, duku langsat dan manggis.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan