Burseraceae- Canarium odontophyllum
Sungguhpun pokok dabai terdapat dihutan, sudah banyak yang ditanam di Sarawak terutama di bahagian Sibu dan Kapit. Pokoknya sederhana besar, kira-kira 20m tinggi. Batangnya lurus dan dahannya membentuk hanya di bahagian atas pokok. Buah ini kadangkala dipanggil zaitun sibu atau zaitun tropika.
Buahnya bertangkai, dan tegak dihujung dahan yang tegak. Ketika masih kecil atau muda, buahnya berwarna putih. Buahnya 2 ke 4 cm panjang dan 1.5 cm ke 2.0 cm besar. Isinya yang menutupi biji yang keras dan runcing, adalah nipis iaitu kira-kira 2 ke 4 mm tebal.
Buah dabai perlu direndam di dalam air suam selama 15 ke 20 minit untuk melembutkan isinya sebelum dapat dimakan. Jenis yang mempunyai isi yang tebal, lembut, berwarna kuning tua dan lemak sangat diminati dan dijual pada harga tinggi dipasar.
Dabai boleh dimakan begitu sahaja atau dimakan bersama makanan lain. Setelah direndam di dalam air suam untuk melembutkan isinya, buah dabai boleh diawet didalam kicap atau dengan garam.Kotilidan dalam bijinya mempunyai rasa seperti kacang dan boleh juga dimakan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan