Isnin, 30 Januari 2012

Buah Goncar


Siapa biasa mendengar buah yang dikenali dengan nama Buah Goncar. Kalau orang sebelah utara menyebutnya buah Goncaq. Buahnya kecil dan sekali pandang seakan buah anggur. Rasanya pula masam-masam manis dan apabila masak ia bertukar bewarna merah. Menurut rujukan, di sesetengah tempat buahnya dibuat masak pedas.

Ahad, 29 Januari 2012

Buah Rotan


Daripada maklumat yang ditemui, buah ini akan berwarna putih kuning apabila sudah masak. Saya tidak pasti, adakah buah rotan ini mempunyai pelbagai spesis. Anda perlu membuang kulit untuk mendapat isinya. Rasa buah ini dikatakan manis-manis kelat. Mungkin seperti rasa buah salak.

Sabtu, 28 Januari 2012

Jambu Merah !


Sekarang dah tinggal dekat indon buah ni dah common. Sebab jadi makanan tiap hari. Cuma bezanya buah jambu merah di indon besar dan ranum-ranum.

Kalau di kampung dulu buah jambu merah ni kecik-kecik. Walau dah masak, tapi kulit di luar tetap rangup dan warna hijau.

Di indon buah jambu merah biasanya warna kuning atau putih susu.

Jumaat, 27 Januari 2012

Timun Tikus !


Ini sangat banyak dekat semak belakang rumah. Memang tumbuh sendiri. Rasanya macam timun (mmg timun kot), tapi kecik-kecik. Paling besar pun macam tutup pen.

Khamis, 26 Januari 2012

Buah Asam Renda !


Panggilan mungkin berbeza ikut daerah. Tapi aku panggil asam renda. Kalau buah ni betul-betul masak, isinya ada keluarkan air macam darah. Merah pekat.

Rabu, 25 Januari 2012

Buah Yangmei !


Yangmei adalah tanaman asli dari Asia Tenggara, terutama China. Pohon ini banyak digunakan sebagai ornamen di taman dan kebun-kebun buahan.

Buah ini memiliki warna merah terang dan rasa masam manis. Di tengah-tengahnya terdapat benih/biji, dengan diameter setengah dari buahnya.

Selasa, 24 Januari 2012

Pokok Sambung Nyawa !


Nama sains/ botanical name : Gynura sarmentosa

Nama biasa/ common name : Pokok sambung nyawa ,pokok sebiak, dawn dewa, googolipid, leaves of god, mallucan spinach,kelemai merah, ngokilo, beluntas cina, she juan jao, fujung jao, bai bing coa.

Family/family: Asteraceae


KHASIAT PERUBATAN/ MEDICINAL USE

  • Anti kanser /antineoplastic (contain chemical that control or kill neoplastic cells; used in treatment of cancer)
  • Anti kanser/anticarcinogen{ contain chemical which reduces the occurrence of cancers, reduces the severity of cancers that do occur, or acts against cancers that do occur)
  • Sakit limpa/pancrease problem
  • Sakit buah pinggang/ginjal/kidney problem
  • Turunkan tekanan darah/ high blood pressure
  • Kencing manis/diabetes
  • Anti kuman/ antimiocribial

KEGUNAAN SEBAGAI MAKANAN

  • Ulam/salad

Isnin, 23 Januari 2012

Pokok Stevia Ganti Gula !


STEVIA SUGAR SUBSTITUTE/DAUN GULA/SWEET LEAVES
NATURAL SWEETENER , GULA SEMULA JADI DAN ASLI
BENDA TERMANIS DIDUNUA
SWEETEST THING ON EARTH

Terdapat 240 spesis (More than 240 species) dan antaranya seperti berikut:
  • Stevia eupatoria
  • Stevia ovata
  • Stevia plummerae
  • Stevia rebaudiana
  • Stevia salicifolia
  • Stevia serrata


Famili: Asteraceaa (Sun Flower Famili /famili bunga matahari).

Nama Inggeris(English name): sweetleaf, sugarleaf, atau stevia.

Negara asal (country of origin): Paraguay

Sudahkah anda rasa manisan stevia , manisan yang tidak mempunyai kalori ini, kalori sangat dinakuti oleh semua orang moden di masa sekarang , lebih lebih lagi kaum wanita dan orang yang mempunyai masalah berat badan(English: Have any of you have tried stevia before, a remarkable noncaloric plant. Calorie is a concern now days especially among ladies and those with weight problem)

Pokok ini menjadi kontraversi dikalangan rakyat Negara yang memerentah dunia oleh kerana Negara itu telah menlabel stevia sebagai perasa makanan, perbuatan ini di cap oleh rakyatnya sebagai menyokong pengeluar gula. Negara negara kaya yang mempunyai pelaburan besar didalam indusri dan pemasaran gula yang sediada tidak akan menyokong manisan stevia, tentu anda tahu kenapa. Tambah tambah lagi pokok ini tidak berapa boleh hidup dinegara mereka. Negara yang tidak bergantung kepada pertanian dan hidup dengan perdagangan (seperti jiran kita) dan mereka ini adalah pedagang gula biasa yang besar,pun tidak akan menyokong manisan stevia. (English: Some countries do not support stevia because they have big investment in existing sugar industry. Non agriculture countries that survive totally on trade and commercial will also go against stevia as sugar is big business.)

Stevia mempunyai potensi besar Di Malaysia
Pokok ini mempunyai potensi besar di Malaysia dimasa akan datang .Oleh kerana pokok stevia baru diperkenalkan ke negara ini, boleh dikatakan pada keseluruhan permintaan manisan maseh lagi mengunakan gula tebu. Lambat laung kita juga akan mengikut langkah Jepun yang mana keperluan dan pasaran manisannya sebanyak
40% mengunakan stevia.

Di Jepun manisan stevia digunakan dengan secara meluas, malahan minuman Coca cola pun menguna manisan stevia. (English: In Japan sweetener stevia is used widely including Coca Cola drink )


(English: Stevia has big potential in Malaysia as most of the sweetener demand still using cane sugar. Sooner or later our country also will very likely
follow the foot step of Japan, where 40% of sweetener demands are using stevia)


Manisan tanpa kalori/sweetener without calorie
Pokok renek ini sudah terkenal diluar Negara sebagai pokok gula dan digunakan sebagai pengganti gula tetapi tanpa kalori. Rasa gula stevia tidak secepat gula tebu tetapi rasa manis nya tahan lebih lama dari gula biasa dan sekiranya terlebih akan terasa pahit sedikit. (English:Stevia shrub widely grown for its sweet leaves minus the calorie. Compare to normal sugar it has slower on-set taste but last longer. At high concentration it can taste a bit bitter).


Bahan kimia(chemical content):-
Pakar kimia Perancis telah menemui bahawa bahan kimia glycosides (stevioside dan rebaudioside) membuat daun stevia menjadi manis. Bahan ini tahan panas, pH yang stabil dan tidak rosak.(English: French chemists had found glycosides( named stevioside and rebaudioside) that give stevia its sweet taste. These compounds were heat and pH stable, and non-fermendable.)


Stevia terkenal dan mendapat perhatian kerana(stevia has gain attention due to):-
  • Ekstrak Stevia adalah 250-300 kali lebih kuat dari gula .(Stevia extracts having up to 250-300 times the sweetness of sugar).
  • Daun stevia adalah 30 hingga 45 kali lebih manis dari gula biasa (The leaves of the stevia plant have 30–45 times the sweetness of ordinary table sugar).
  • Bertambahnya permintaan kepada makanan dan minuman rendah karbohidrat/gula(rise in demand for low carbohydrate/sugar food and drink).
  • Stevia untuk mengubati obesity dan darah tinggi (stevia in treating obesity and high blood pressure).
  • Manisan stevia tidak menaikan kadar gula dalam darah (Stevia has a negligible effect on blood glucose, even enhancing glucose tolerance, therefore, it is attractive as a natural sweetener to diabetics).
  • Kajian perubatan telah mendapati stevia boleh digunakan untuk rawatan hypertension (More recent medical research has shown promise in treating hypertension).
  • Teh untuk rawatan jantung (Medicinal teas for treating heartburn and other ailments).
  • Rawatan osterporosis (Possible treatment of osteoporosis )


Negara negara yang sudah mula mengunakan stevia (Countries using stevia)
  • Malaysia
  • Colombia
  • Peru
  • Paraguay
  • Uruguay
  • Israel
  • Negeri China (China)
  • Jepun (Japan)
  • Thailand,
  • Taiwan
  • Brazil
  • Amerika Syarikat (United State -As food additives and dietry supplement)
  • Peranchis (France-As food additives and dietry supplement)
  • Canada (As dietry supplement)
  • Australia(As food additives )
  • New Zealand (As food additives)


Malaysia pun telah mengikut jejak negara lain dan ladang ladang stevia telah mula diusahakan . DiJohor Baru , minuman ringan mengunakan manisan stevia atas jenama Stevia sweet telah pun masuk pasaran(English: In Malaysia, we are not far behind as some farmers had started to cultivate it. In Johor Baru a soft drink using stevia is already in the market under the brand name of stevia sweet)

Daun Stevia bolih dimakan terus atau dimasukan kedalam minuman teh atau makanan (English: The leaves can be eaten fresh, or put in teas and foods.)

Saya menanam beberapa pokok dibelakang rumah saya dan daun stevia yang saya keringkan boleh dimasukan terus kedalam minuman.( English : I had planted few stevia plant behind my house and used to add dried stevia leaves to my drink.)

Ada juga segolongan orang yang mempertikaikan dan kurang yakin dengan kemanisan stevia berbanding gula tebu. Saya syorkan kepada mereka supaya keringkan batang tebu, hancurkan dan masukan suku cawan kemudian masukan air panas, cuba rasa, manis atau tidak? Selepas itu cuba buat yang sama menggunakan daun stevia.(English: There are people who are not very sure about sweetness of stevia. Please dry a sugar cane, ground them and fill a quarter of your cup, fill it full with hot water and then taste it. Try the same with stevia)

Banyak juga blog blog yang memburukkan stevia, jangan lupa kaum asli Amerika Selatan telah mengunakan stevia sejak beribu tahun dan Jepun telah menguna stevia selama 25 tahun. Pengusaha gula semuanya kaya raya, berapa sangat kos hendak bayar kepada penulis blog. yang mengherankan saya tidak pernah disebut pasal 'side effect' gula tebu seperti sakit jantung, darah tinggi ,kencing manis, gemuk dan sebagainya.

Ahad, 22 Januari 2012

Bunga titan arum !


tumbuhan ini namanya titan arum. saiznya memang besar dan tingginya selalunya melebihi ketinggian lelaki dewasa. Cuma tumbuhan ini tidak dinamakan bunga yang terbesar di dunia sebab tidak boleh didebungakan , Bunga ini terdapat di kepulauan sumatera duduk satu port dengan rafflesia.

Sabtu, 21 Januari 2012

Asparagus tanaman bernilai tinggi !


ASPARAGUS merupakan antara sayur yang menjadi kegemaran rakyat negara ini. Biasanya ia ditanam secara komersial oleh para pengusaha dan jarang di tanam secara kecil-kecilan.

Namun, bagi yang gemar berkebun boleh mencuba untuk menanam asparagus di kawasan rumah mereka.

Penyediaan kawasan

Tanah perlu dibajak dan digembur sedalam antara 20 dan 30 sentimeter (sm) untuk memudahkan pertumbuhan akar.

Batas disediakan menggunakan jentera atau secara manual mengikut saiz yang disyorkan. Lebar batas satu meter, tinggi antara 20 dan 30 sm dan panjang batas mengikut kesesuaian tempat. Jarak antara batas ialan 0.6- 1.0 meter.

Nilai pH yang sesuai ialah antara 5.5 dan 6.5, jika pH tanah kurang dari yang disyorkan pengapuran perlu dilakukan tidak kurang 14 hari sebelum penanaman dilakukan. Kadar pengapuran antara tiga dan lima tan/hektar bagi tanah.

Batas di tambak dengan bahan organik tahi ayam atau kompos antara satu hingga tiga kg/meter persegi atau antara tiga hingga enam tan/hektar bagi tanah mineral.

Bahan ini hendaklah digaulkan ke dalam tanah satu minggu sebelum menanam bagi membekalkan zat makanan kepada pokok.

Penanaman dan penjagaan

Biji benih perlu disemai dalam polibeg hitam yang sesuai dengan menggunakan media tanah campuran tiga bahagian tanah atas: Dua bahagian bahan organik: Satu bahagian pasir dan ditambah ½ bahagian sabut kelapa.

Letak satu atau dua biji benih dalam polibeg dan biji benih akan bercambah antara tujuh dan 14 hari dan anak benih dibiarkan selama antara lapan dan 10 minggu ditapak semaian.

Ia perlu disiram setiap hari dan sekurangnya 50 peratus teduhan.

Rumpun asparagus yang berumur lebih setahun boleh dibelah dan dipindahkan sebagai bahan tanaman. Pastikan tunas sulur subur dan mempunyai akar yang mencukupi. Tanam tunas sulur secepat mungkin. Pendedahan kepada cahaya matahari dan angin akan menjejaskan pertumbuhan tunas sulur.

Jarak tanaman yang sesuai ialah satu meter antara barisan pokok dan penanaman sebaris didalam batas adalah sesuai bagi asparagus kerana memudahkan pengurusan tanaman.

Kawalan rumpai

Pengawalan rumpai penting untuk menjamin hasil yang tinggi. Kawasan tanaman perlu sentiasa bersih bagi mengelakkan persaingan dalam mendapatkan zat makanan, air, cahaya dan ruang.

Rumpai juga menjadi perumah bagi perosak dan penyakit tanaman. Kerja merumpai perlu dilakukan setiap minggu

Pembajaan

Baja yang disyorkan ialah 120 kg N:60 kg P2O5:60 kg K2O setiap hektar. Tetapi ia bergantung pada kesesuaian tanah di sesuatu kawasan, keperluan nutrien tanaman,masa dan cara pembajaan .

Pembajaan dibuat antara tiga dan empat minggu selepas mengubah anak benih ke ladang, penggunaan baja organik 8: 8:8: (80-100 gm/rumpun diselangkan dengan baja NPK biru 12:12:17 (50-80 gm/rumpun) adalah disyorkan dan ditambah bila rumpun membesar.

Ia ditabur keliling tanaman dengan jarak 15-20 sm dari rumpun tanaman dan dikambus bagi mengelakkan larut resap ke udara. Pembajaan dibuat setiap bulan dan diselangkan baja kimia dengan baja organik.

Pemangkasan

Proses pemulihan dilakukan supaya keseimbangan bilangan batang dan daun yang cukup untuk aktiviti fotosintesis serta kegunaan pembesaran selepas melalui aktiviti kutipan hasil.

Program pemulihan memerlukan antara dua dan tiga bulan dan tinggalkan tiga dan empat pokok matang setiap rumpun.

Asparagus perlu dicantas tiga atau empat kali setahun mengikut kesesuaian pokok. Semua pokok matang perlu dicantas di paras tanah dan tinggalkan sulur baru yang dipotong sebagai hasil segar dan yang tidak sesuai biarkan ia membesar.

Perosak dan penyakit

Serangan penyakit layu pucuk (Fusarium sp) menyebabkan pucuk muda hitam ,layu dan terus kering. Serangan kulat Puccinia asparagi menyebabkan tanda bintik hitam atau merah pada batang dan daun.

Penyakit ini dikawal dengan memotong dan musnahkan bahagian yang diserang atau dibuat semburan racun kulat yang sesuai.

Ulat ratus (Spodoptera sp) yang menyerang bahagian pucuk dan dahan dan ulat pangkas memakan bahagian pucuk dan daun,jika serangan serius lakukan semburan menggunakan racun yang sesuai.

Penuaian hasil

Hasil pertama boleh dituai selepas lapan hingga 10 bulan ditanam. Aparagus boleh dituai dalam bentuk tunas putih atau tunas hijau .

Asparagus hijau dimakan segar dan yang putih ditinkan. Bagi mendapatkan asparagus putih rumpun ditimbus tanah dan tunas akan membesar dalam tanah.

Kutipan hasil akan bermula selepas proses cantasan dilakukan,bagi satu musim tempoh kutipan hasil antara satu dan dua bulan. Sulur muda dipotong dengan pisau tajam di bawah paras tanah,elakkan kecederaan sulur muda lain.

Sulur berukuran 15-17 sm sahaja yang dituai. Kelewatan dituai menyebabkan sulur panjang meruncing, berserabut dan hujung sulur akan berkembang menjadi daun. Tuaian hasil antara 25 dan 30 kg seminggu sehektar boleh didapati dan boleh mencapai tiga atau lima tan sehektar/tahun.

Asparagus digred mengikut garis pusat dan panjang rebung, warna, kerapuhan, kesegaran, tahap kecederaan dan serangan penyakit. Ia boleh bertahan selama dua hingga tiga minggu jika disimpan dlam suhu 0-2 darjah celsius.

Jumaat, 20 Januari 2012

Khasiat Petai


Strok. Berdasarkan penelitian yang diperolehi daripada The New England Journal of Medicine mendapati amalan memakan petai setiap hari berupaya menurunkan risiko kematian akibat strok sebanyak 40 peratus.

Merokok. Petai dikatakan berupaya membantu individu yang ingin berhenti merokok. Vitamin B6, B12, kalium dan magnesium yang terdapat di dalam petai dikatakan berupaya membantu tubuh sembuh cepat daripada ketagihan nikotin.

1. Anemia. Dengan kandungan zat besi yang tinggi, petai berupaya menstimulasi pembentukan sel darah merah sekali gus mengurangkan derita pesakit anemia.

2. Sembelit.Petai memiliki kandungan sera yang tinggi. la membantu memudahkan proses pencernaan sekali gus mengelakkan masalah sembelit.

3. Kegemukan.Hasil kajian yang dilakukan oleh Institut Psikologi Austria, mendapati tekanan yang dialami akibat kerja menyebabkan ramai yang memilih coklat untuk mengurangkan tekanan. Begitu pun, makanan tersebut sebenarnya membuatkan anda berhadapan dengan masalah kegemukan. Amalan memakanan petai berupaya mengatasi
masalah kegemukan.

4. Depresi. Petai dipercayai dapat mengurangkan depresi. Ini kerana ia mengandungi Trytophan yang berupaya merubah mood seseorang menjadi lebih relaks dan tidak tertekan.


kajian 2:

Sebagai buah yang membuat bau mulut dan bau kentut sangat tidak sedap, Petai (Pete) ternyata mengandung 3 macam gula alami yaitu sukrosa, fruktosa dan glukosa yang dikombinasikan dengan serat.

Kombinasi kandungan ini mampu memberikan dorongan tenaga yang instan, namun cukup lama dan cukup besar efeknya. Riset membuktikan dua porsi pete mampu memberikan tenaga yang cukup untuk melakukan aktivitas berat selama 90 menit.

Makanya jangan heran jika pete adalah buah yang disukai oleh para atlet top. Penelitian juga membuktikan bahwa pete tidak hanya memberikan energi, namun juga mampu mencegah bahkan mengatasi beberapa macam penyakit dan kondisi buruk. Ini membuat pete menjadi salah satu makanan penting dalam makanan keseharian kita.

Dari daftar di bawah ini akan terlihat dan diketahui kalau ternyata pete ini memiliki khasiat yang sangat luar biasa atas beberapa penyakit.



1. Depresi
Menurut survei yang dilakukan oleh MIND diantara pasien penderita depresi, banyak orang merasa lebih baik setelah makan pete. Hal ini terjadi karena pete mengandung tryptophan, sejenis protein yang diubah tubuh menjadi serotonin. Inilah yang membuat orang jadi rileks, mampu memperbaiki mood dan secara umum membuat seseorang lebih bahagia.

2. PMS (premenstrual syndrome)
Jika mengalami PMS saat ‘tamu’ datang, Anda tidak perlu minum pil ini apapun, cukup atasi dengan makan pete. Vitamin B6 yang dikandung pete mengatur kadar gula darah, yang dapat membantu mood.

3. Anemia
Dengan kandungan zat besi yang tinggi, pete dapat menstimulasi produksi sel darah merah dan membantu apabila terjadi anemia.

4. Tekanan darah tinggi
Buah tropis unik ini sangat tinggi kalium, tetapi rendah garam, sehingga sangat sempurna untuk memerangi tekanan darah. Begitu tingginya, sehingga FDA Amerika mengizinkan perkebunan pete untuk melakukan klaim resmi mengenai kemampuan buah ini untuk menurunkan resiko tekanan darah dan stroke.

5. Kemampuan otak
200 siswa di Twickenham (Middlesex) tertolong dengan mudah melalui ujian pada tahun ini karena memakan pete pada saat sarapan, istirahat, dan makan siang. Riset telah membuktikan bahwa buah dengan kandungan kalium tinggi dapat membantu belajar dengan membantu siswa semakin waspada.

6. Sembelit
Karena kandungan serat yang tinggi, maka pete akan mempermudah menormalkan kembali aksi pencernaan, membantu mengatasi permasalahan ini tanpa harus kembali ke laksativ.

7. Obat mabuk
Salah satu cara paling cepat untuk menyembuhkan “penyakit” mabuk adalah milkshake pete, yang dimaniskan dengan madu. Pete akan membantu menenangkan perut dan dengan bantuan madu akan meningkatkan kadar gula darah yang jatuh, sedangkan susu akan menenangkan dan kembali memperbaiki kadar cairan dalam tubuh.

8. Kekenyangan
Pete memiliki efek antasid pada tubuh, sehingga bila dada Anda terasa panas akibat kebanyakan makan, cobalah makan pete untuk mengurangi sakitnya.

9. Mual di pagi hari
Makan pete di antara jam makan akan menolong mempertahankan kadar gula dan menghindari muntah.

10. Gigitan nyamuk
Sebelum Anda meraih krim gigitan nyamuk, coba untuk menggosok daerah yang terkena gigitan dengan bagian dalam kulit pete. Banyak orang berhasil mengatasi rasa gatal dan bengkak dengan cara ini.

11. Untuk saraf
Pete mengandung vitamin V dalam jumlah besar, sehingga akan membantu menenangkan sistem saraf.

12. Kegemukan
Penelitian di Institute of Psychology Austria menemukan bahwa tekanan pada saat kerja menyebabkan orang sering meraih makanan yang menenangkan seperti coklat dan keripik. Dengan melihat kepada 5.000 pasien di rumah sakit, peneliti menemukan bahwa kebanyakan orang mejadi gemuk karena tekanan kerja yang tinggi. Laporan menyimpulkan bahwa, untuk menghindari nafsu memakan makanan karena panik, kita butuh mengendalikan kadar gula dalam darah dengan ngemil makanan tinggi karbohidrat setiap dua jam untuk mempertahankan kadarnya tetap.

13. Luka lambung
Pete digunakan sebagai makanan untuk merawat pencernaan karena teksturnya yang lembut dan halus. Buah ini adalah satu-satunya buah mentah yang dapat dimakan tanpa menyebabkan stress dalam beberapa kasus yang parah. Buah ini juga mampu menetralkan asam lambung dan mengurangi iritasi dengan melapisi permukaan dalam lambung.

14.Mengatur suhu tubuh
Banyak budaya lain yang melihat pete sebagai buah ‘dingin’ yang mampu menurunkan suhu tubuh dan emosi ibu yang menanti kelahiran anaknya. Di Belanda misalnya, ibu hamil akan makan pete untuk meyakinkan agar si bayi lahir dengan suhu tidak tinggi.

15. Seasonal Affective Disorder (SAD) (penyakit emosional yang kacau)
Pete dapat membantu penderitas SAD kerena mengandung pendorong mood alami, tryptophan.

16. Merokok
Pete dapat menolong orang yang ingin berhenti merokok. Vitamin B6 dan B12 yang dikandungnya, bersama dengan kalium dan magnesium, membantu tubuh cepat sembuh dari efek penghentian nikotin

17. Stres
Kalium adalah mineral penting, yang membantu untuk menormalkan detak jantung, mengirim oksigen ke otak dan mengatur keseimbangan cairan tubuh. Ketika kita stress, kecepatan metabolisme kita akan meningkat, sehingga akan mengurangi kadar kalium dalam tubuh. Hal ini dapat diseimbangkan lagi dengan bantuan makan petai yang tinggi kalium.

18. Stroke
Menurut riset dalam “The New England Journal of Medicine,” makan pete sebagai bagian dari makanan sehari-hari akan menurunkan resiko kematian karena stroke sampai 40%.

19. Caplak
Mereka yang suka berpaling pada pengobatan alami akan berani bersumpah, jika anda ingin mematikan caplak, maka ambil sepotong pete, dan letakkan di caplak itu. Tetap pertahankan pete itu dengan menggunakan plester!

Setelah membaca semua fakta diatas maka anda harus percaya bahwa pete adalah obat alami untuk berbagai macam penyakit. Jika anda membandingkannya dengan apel, pete memiliki protein 4 kali lebih banyak, karbohidrat dua kali lebih banyak, tiga kali lipat fosfor, lima kali lipat Vitamin A dan zat besi, dan dua kali lipat jumlah vitamin dan mineral lainnya.

Khamis, 19 Januari 2012

Dari Taman Bunga Kawachiifuji !








Jepun memang sinonim dengan bunga sakura, tapi pernahkan anda mendengar mengenai bunga Wisteria di jepun? Wisteria merupakan sejenis bunga yang berkongsi keluarga biologi dengan dengan pokok pea iaitu keluarga Fabaceae.

Ianya dipanggil Fuji dalam bahasa Jepun. Pokok bunga ini merupakan salah satu pokok asli di Jepun dan ianya mempunyai pelbagai jenis dan warna.

Rabu, 18 Januari 2012

Taman Mini Dalam Cengkerang !







Bilakah kali terakhir anda menanam tumbuhan?

Aku sendiri pun tidak ingat. Lupakan itu, jom lihat taman mini yang dibuat oleh Megan O. Andersen atau lebih dikenali sebagai Radmegan. Dengan cengkerang siput, tanah serta tumbuhan kecil, beliau menggunakan kreativitinya untuk menjadikan bahan2 tersebuat sebuah taman kecil yang menarik.

Ianya boleh digunakan untuk menghiasi ruang bilik dan sudah pasti juga boleh menghiasi kawasan rumah. Sangat comel dan anda sendiri pun boleh buat dirumah.

Ahad, 15 Januari 2012

Melon Bertanduk !


Buah ini memiliki banyak nama seperti kiwano, melon bertanduk, timun bertanduk, labu lindung, melon jelly. Buah ini merupakan salah satu dari buah asli dari Afrika, tetapi ia juga tumbuh di California, Chille, Australia dan Selandia Baru. Di California, buah ini dikenali sebagai buah Blowfish. Walaupunpun buah ini dapat dimakan, buah kiwano ini lebih banyak digunakan sebagai makanan dekorasi

Sabtu, 14 Januari 2012

Belimbing Hutan


Kalau mengikut rujukan, buah belimbing hutan ini sama juga seperti buah tampoi yang mengeluarkan buah di batang atau di dahan utama. Pokoknya pula boleh membesar sehingga ketinggian 8 meter. Memang dikatakan buah ini ada banyak dijual di Sabah/Sarawak. Saya pernah rasa buah ini sekali. Buahnya rasa masam-masam manis..

Jumaat, 13 Januari 2012

Buah-Buah Dimalaysia


Buah-buahan tempatan ini boleh dibahagikan dua kumpulan yang besar.

(a) Buah-buahan tak bermusim
(b) Buah-buahan yang bermusim

Buah-buahan yang tidak bermusim ini dapat diperolehi disepanjang tahun, walaubagaimanapun pada satu-satu masa tertentu terdapat pengeluaran yang berlebih-lebihan dari masa-masa lain. Diantara jenis buah-buah yang tidak bermusim yang senang diperolehi ialah pisang, betik, nenas, jambu, belimbing, tembikai, nangka, limau manis/bali dan termasuk beberapa jenis dari klon mangga.

Buah-buahan yang bermusim boleh didapati sekali atau dua kali setahun Musim buah-buahan utama bermula dari pertengahan Jun hingga kepertengahan bulan Ogos. Musim buah-buahan kedua biasanya kurang jelas kerana pengeluaran hasilnya berkurangan dan biasanya terdapat dalam bulan Desember hingga Februari. Musim-musim ini juga mungkin berlaku lebih awal atau terlewat diantara 1 – 2 bulan bergantung kepada tempat atau lokasi.

Buah-buahan bermusim yang terkenal ialah Durian, rambutan, duku, langsat, duku langsat dan manggis.

Khamis, 12 Januari 2012

Buah Mengkudu


BUAH Mengkudu atau nama saintifiknya Morinda Citrifolia, cukup sinonim dengan kaki pancing yang giat memburu ikan bersisik seperti lampam, terbol, pucuk pisang dan kaloi yang dikatakan gemarkan buah ini.

Buah berkenaan berwarna hijau atau putih susu ketika muda dan perang selepas masak. Buah ini juga mengeluarkan bau busuk seakan keju masam selepas gugur dari pokoknya.Lazimnya buah ini tergolong dalam famili Rubiaceae ini berbentuk sedikit melengkung dan bersaiz telur ayam dan mudah didapati di sekitar kawasan kampung, tepi sungai atau pinggir hutan. Tinggi pokoknya iaitu kira-kira empat hingga lima meter dan dahannya bengkang-bengkok serta mempunyai daun yang tebal dan hijau berkilat.Selain digunakan sebagai umpan memancing, buah ini yang sudah dikomersialkan ini turut memiliki khasiat yang menakjubkan untuk tubuh badan bagi penggemar jusnya.

Taburannya yang begitu banyak sekitar Asia Tenggara menyebabkan segelintir pengusaha menanamnya untuk dijadikan bahan ubat-ubatan dan kosmetik.Dalam jurnal yang dipaparkan dalam internet, khasiatnya sungguh banyak iaitu mempunyai pelbagai zat yang mampu mengekang tekanan darah tinggi serta kanser.Di arena memancing pula, cara buah mengkudu ini digunakan sebagai umpan iaitu dengan menghiris berbentuk dadu kecil.

Ketulan ini kemudiannya dicucuk seperti sate pada perambut tunggal sepanjang setengah depa.Selain itu, kaedah lain iaitu menggunakan sebiji buah mengkudu masak ranum yang dicangkukkan mata kail rambai turut berupaya menjinakkan ikan air tawar.

Difahamkan, bau busuknya menyebabkan ikan bersisik mudah mengesannya dan masa dulu buah ini menjadi umpan pilihan bagi masyarakat kampung selain buah sawit dan buah ara.Menurut penggemar yang pernah menggunakan umpan ini, buah mengkudu masak ranum mampu menjerat ikan bersaiz lebih daripada sekilogram.Lubuk pancing di kawasan sungai semula jadi menjadi pilihan pemancing kerana selain menjadi habitat ikan bersisik ini, buah mengkudu mudah didapati di sekitar kawasan berkenaan.

Rabu, 11 Januari 2012

Buah Kundang


BAGI masyarakat bandar, buah remnia dan buah kundang mungkin terlalu asing. Jika ada yang pernah mendengar nama dua buah berkenaan tapi mungkin mereka tidak pernah melihat rupanya.

Sekali sekala apabila sampai musimnya, buah remnia dan buah kundang dijual di pasar tani atau pasar malam.Bagi masyarakat desa, buah remnia dan kundang tidak asing lagi. Ia buah yang sering dibuat sambal, dimakan segar atau dibuat rojak. Kanak-kanak pula gemar memakan buah ini dicolek dengan garam atau kicap dicampur gula.

Bagaimanapun, masyarakat desa tidak dapat membezakan antara remnia dan kundang. Buah remnia dikatakan kundang dan kundang pula dikatakan remnia. Sebenarnya banyak perbezaan wujud antara remnia dan kundang.

Pokok remnia (Bouea macrophylla) berasal dari Indo-Malaysia. Pokoknya semakin nadir. Bagaimanapun, ia masih boleh ditemui di kampung dan ditanam dalam konsep dusun.

Pokoknya bersaiz besar mencapai ketinggian sehingga 30 meter. Batangnya berbanir, 50 sentimeter (sm) diameter dan pokok yang tua mencapai sehingga 1 meter diameter. Kulitnya berwarna perang dan merekah. Berdahan banyak membentuk silara rimbunan oval yang padat ketika muda dan bertukar menjadi silara yang terbuka atau berbentuk dom apabila matang.

Daunnya mudah, berhadapan, oblong-elips 11 hingga 30 sm panjang 4 hingga 5 sm lebar, bes akut, apeks akuminat, berwarna keunguan ketika muda dan bertukar hijau tua apabila matang.

Bunganya banyak, kecil, berjambak-jambak pada aksil daun di pucuk atau pada ranting, berwarna kekuningan dan kemudian bertukar menjadi perang. Buahnya drup, globos, 2 hingga 3 sm diameter, berwarna hijau ketika muda dan bertukar kuning limau apabila masak.

Isinya berjus, berwarna kuning limau, berbau seakan-akan tapentina dan rasanya masam manis. Bijinya bersabut dan kotiledonnya berwarna jingga.

Kundang (Bouea oppositifolia) atau dikenali juga dengan nama setar, berasal dari Malaysia dan Selatan Thailand.

Pokok ini jarang terdapat di selatan Semenanjung Malaysia tetapi mudah ditemui di utara Semenanjung, Kedah dan Perlis.

Asal usal nama bandar Alor Setar adalah daripada nama pokok ini.

Pokok kundang seakan-akan sama rupanya dengan remnia (Bouea macrophylla) tapi pokoknya lebih kecil dan rendah. Daunnya lanseolat-elips, 10 hingga 18 sm panjang dan 2 hingga 3 sm lebar. Buahnya ovoid, kecil, kira-kira 2 hingga 2.5 sm panjang, 1 hingga 1.3 sm lebar, berwarna kuning limau apabila masak.

Isinya juga berwarna kuning limau dan rasanya masam atau manis mengikut jenis. Bijinya bersabut lembut dan kotiledonnya berwarna biru.

Di Thailand pokok kundang ditanam secara kebun kecil daripada klon terpilih dan buahnya dijual di pasar bila sampai musimnya.

Sumber: BHarianOnLine 2008/12/21

Selasa, 10 Januari 2012

Buah Keranji



    Pokok keranji ditanam atau tumbuh liar dalam keadaan separuh liar di utara semenanjung iaitu Kedah, Perlis dan Pulau Pinang.

    Pokok keranji besar sehingga 25 m tinggi.anak daun muda mempunyai bulu halus berwarna putih di atas permukaannya.Lenggai keci 1.5 – 2 cm panjangnya, bak baldu, kulit rapuh, berwarna hitam dan berbulu halus.

    isinya warna merah keperangan, agak kering tetapi manis rasanya.

Isnin, 9 Januari 2012

Bunga Telang


Inilah rupa bunga yang digunakan untuk buat nasi kerabu bewarna biru. Bunga Nasi Kerabu atau nama lainnya Bunga Telang.

Ahad, 8 Januari 2012

Khasiat Daun Lamuni


Daun lemuni merupakan kaedah termudah dalam merawat sakit kepala atau pening kepala. Ambil daun lemuni berserta batangnya yang masih lembut dalam berat lingkungan satu kilogram. Masukkan ke dalam sarung bantal untuk kegunaan mengalas kepala. Pesakit kepala perlu menggunaka! n bantal berisi daun dan batang lemuni ini semasa tidur selama! 2-3 har i. Insyaallah Sakit dan pening kepala akan hilang, kepala akan terasa ringan.

Baik Juga Untuk Dalaman Wanita !

Khamis, 5 Januari 2012

Buah Piah


Buah yang sangat susah nak dijumpai dan langsung tak popular tetapi sedap di makan....Buah nie kulitnya macam ciku.... tapi sangat la keras..... kalau korang tak tau cara nak makan...memang takkan boleh makan punyer....he he he.... Cara-cara nak makan buah nie ialah....korang kene pukul atau hentam buah ni dulu! Orang dulu-dulu lempar-lempar atau baling ke batu dulu... Baling ke batu di semua bahagian buah..... Buah ni akan terus dibaling sampai la ia merekah dengan sendiri.....barulah boleh dimakan.....

Rabu, 4 Januari 2012

Buah Dabai !



Burseraceae- Canarium odontophyllum

Sungguhpun pokok dabai terdapat dihutan, sudah banyak yang ditanam di Sarawak terutama di bahagian Sibu dan Kapit. Pokoknya sederhana besar, kira-kira 20m tinggi. Batangnya lurus dan dahannya membentuk hanya di bahagian atas pokok. Buah ini kadangkala dipanggil zaitun sibu atau zaitun tropika.

Buahnya bertangkai, dan tegak dihujung dahan yang tegak. Ketika masih kecil atau muda, buahnya berwarna putih. Buahnya 2 ke 4 cm panjang dan 1.5 cm ke 2.0 cm besar. Isinya yang menutupi biji yang keras dan runcing, adalah nipis iaitu kira-kira 2 ke 4 mm tebal.

Buah dabai perlu direndam di dalam air suam selama 15 ke 20 minit untuk melembutkan isinya sebelum dapat dimakan. Jenis yang mempunyai isi yang tebal, lembut, berwarna kuning tua dan lemak sangat diminati dan dijual pada harga tinggi dipasar.

Dabai boleh dimakan begitu sahaja atau dimakan bersama makanan lain. Setelah direndam di dalam air suam untuk melembutkan isinya, buah dabai boleh diawet didalam kicap atau dengan garam.Kotilidan dalam bijinya mempunyai rasa seperti kacang dan boleh juga dimakan.

Selasa, 3 Januari 2012

Buah Bambangan !



Buah bambangan ni buah yang bermusim. Jadi jangan pandai-pandai cari kalau bukan musim bambangan ni (kalau ada yang pregnant ni...nah ni yang susah ni, mana mau cari, pg la tinguk di pokok bambangan, jangankan buah, bunga putik bambangan pun belum ada hii.hii.....buah ini hanya terdapat disabah sahaja ..


Isnin, 2 Januari 2012

Buah Kelapa


Pokok kelapa laut atau dikenali dengan nama tal bagi penduduk Kelantan ini merupakan sejenis pokok palma yang biasa dijumpai ditanam di kawasan sawah padi di pantai timur dan utara Malaysia. Ia merupakan antara tumbuhan yang menjadi sumber utama manisan selain daripada kelapa dan tebu. Kelapa laut ditanam secara kemersial di Thailand.

Pokok kelapa laut mencapai ketinggian sehingga 13 meter. Ia juga mempunyai daun yang besar dan cantik serta berbentuk seakan mahkota. Pokok kelapa laut mengeluarkan bunga dan berbuah setelah berumur kira-kira 14 tahun dan ia mampu hidup melebihi 100 tahun. Buahnya agak besar (rujuk foto) dan biasanya mengandungi 3 biji benih didalamnya.

Lapisan dalam tempurungnya mengandungi isirung yang boleh dimakan. Ia membiak melalui biji benih dan percambahannya mengambil masa lebih kurang 4 bulan.

Ahad, 1 Januari 2012

Buah Nam Nam !


Di Kelantan buah nam nam ini dipanggil buah katak puru. Bentuk buah ini yang seakan-akan badan katak menyebabkan ianya dipanggil sedemikian. Rasa buah ini masam-masam manis.Buah ini sesuai dimakan dengan colek kicap campur gula.